Saturday, August 22, 2009

MEDELA FREESTYLE



Awal June 09, opis aku masuk 1 mamat cina. Aku tepuk dahi bila dapat tahun dia dapat job kat opis aku ni. Perkara utama yg aku penin tu sbb aku memikirkan mcm mana aku nak pam kat opis. Sbb sblm ni, aku akn pam kat meja aku je. N bos aku mcm tahu2 je jadual pam aku, sbb everytime pukul 11pagi n 5ptg, dia keluar. Seolah2 bagi peluang pada aku utk pam.hihihih....bagusnya bos aku kan....

So, bila mamat cina ni masuk, aku nya jadual mengepam dah lari. Kdg2 aku pam time lunch je, itu pun sbb aku balik mkn kat rumah. Itu yg kdg2 tu sekali pam aku dapat 1oz je. Sedih gila masa tu. Time tu la makan balik fenugreek aku. Sudahnya aku demam. Tak tau la sbb fenugereek atau sbb lain. Tapi aku mmg stop terus.

Masa tu la dlm kepala otak aku ni mengidamkan FS (Medela Freestyle). Aku dah tak peduli tentang harganya. Yang aku pikir, aku kena buat something utk make sure Nasreen dapat minum susu aku 2 tahun ikut syariat yg Allah telah tetapkan.

Aku pujuk en suami utk kongsi beli FS...hehhee...dia kata ok tapi akhir bulan. wahhhh...berbunga2 hati aku. Terus call Aja. dapatkan beberapa info n terus order dari dia. Ngam2 akhir bulan, kami p Keramat (rumah mak Aja) utk collect FS ku...Melayang duitku...tak pe la..yg penting Nasreen dapat minum susu dan production aku back to normal.

Alhamdulillah, setelah guna 2-3 hari, production aku kembali ke asal, walaupun tak dapat 10 oz 1 sessi, tapi aku tetap berpuas hati.

SELAMAT BERPUASA

Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita dgn Ramadhan kali ini. Tahun depan tak tahu lagi....hihihi..(emosi sikit :D)

Aku cuak sbnrnya bila nak masuk Ramadhan tahun ini. Sbbnya, aku tak yakin aku mampu berpuasa penuh 1 hari gara2 kerana aku adalah ibu yg menyusukan anak sepenuh masa. Pagi tadi time sahur, set jam pukul 4. Terjaga masa tpon alarm bunyi, tapi gara2 tgk movie mlm tadi, aku tido balik...sedar2 dah pukul 5. Kelam kabut bangun.

Bangun2, bancuh susu Anmum dulu. Alhamdulillah sempat makan nasi. Sempat minum air putih bergelas2, mkn kurma 3 biji...dgn 1 doa, agar Allah permudahkan ibadah puasaku, walaupun aku menyusukan anak ku.

Alhamdulillah...aku dapat selesaikan ibadah puasa ku hari dgn jayanya. :D
Tanpa rasa lesu n penat. Alhamdulillah. Apa2 pun, aku ada 29 hari lagi . Wish me luck :D

Wednesday, August 19, 2009

YEH..YEH..KITA MENANG


Tak pernah terpikir pun yg aku akan menang pertandingan...hihihi...aku jarang bertuah..hahaa.
9 Aug 09 - Hari Susu Ibu. ..berlangsung kat Dewan MPKj, Kajang. Aku join pertandingan kendong bayi...only for fun...tapi tetap letak kan aim.Aku aim MH (Medela Harmony).huahuahuahua...tak agak..aim MH je. kononnya boleh buat spare la kalau FS aku ni buat hal.

so..bangun pagi tu, aku stil terpikir2 nak buat apa atas pentas tu. sbb aku pasti sangat, kalau aku jadi kayu, confirm aku takkan dapat apa2. So, i talked to Nasreen...hihihi. cakap kat dia, yg kita akan menari...n kami try la pagi tu (without ayah). Nasreen tergelak2 n suka sangat.

So, berbalik pada cerita atas pentas tu...gabra juga bila aku org pertama kena naik dgn kain kendong ala2 Indon tu (tq to Yokoyopoyo - sbb ajarkan cara ikatan yg paling senang). kami menari2 ikut alunan lagu. n as usual, Nasreen tergelak2 n suka sangat.

Akhirnya, bila mc annouced result, kami dapat no 1....wahhhh...hebatnya ibu n Nasreen ye. Sayang anak Ibu.

Saturday, August 15, 2009

Nasreen demam...


Perkara yg paling risau kalau2 Nasreen demam. 9 Aug 2009 - sekali lagi Nasreen demam. Tengah2 mlm en.suami insert ubat n within 1 hour, temp dia turun. Alhamdulillah. Esok pagi nya, dgn berat hati terpaksa hantar juga dia ke nursery. Siap bekalkan termometer lagi n pesan kat teacher dia, chk temp Nasreen dari masa ke semasa. Tengahari tak turun2 juga temp nya, bawak dia p jumpa Dr feveret dia. So, hari tu, ayah dia yg jaga dia since ayah dia pun tak sihat. Sian tgk Nasreen bila demam tapi yg musykilnya dlm demam2 tu pun dia boleh aktif juga. Demam nak bsar ni...hihihhiihi....

Finalnya, bila demam tak turun2 juga n dah 3x kali jumpa Dr, Dr suruh masuk wad. So, berkampung la kami anak beranak kat KPMC. ini la hasilnya....Nasreen kena drip, n nampak sangat muka boring dia bila asyik2 tgk muka ibu n ayah dia je. dan kalau ada tambahan muka2 lain - adalah muka nurse2 kat situ.

Apa2 pun, terima kasih bebanyak kat nurse KPMC kerana sabar layan karenah kami anak beranak. esp karenah Nasreen :D

PERTAMA KALI

Assalamualaikum....testing 123