Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita dgn Ramadhan kali ini. Tahun depan tak tahu lagi....hihihi..(emosi sikit :D)
Aku cuak sbnrnya bila nak masuk Ramadhan tahun ini. Sbbnya, aku tak yakin aku mampu berpuasa penuh 1 hari gara2 kerana aku adalah ibu yg menyusukan anak sepenuh masa. Pagi tadi time sahur, set jam pukul 4. Terjaga masa tpon alarm bunyi, tapi gara2 tgk movie mlm tadi, aku tido balik...sedar2 dah pukul 5. Kelam kabut bangun.
Bangun2, bancuh susu Anmum dulu. Alhamdulillah sempat makan nasi. Sempat minum air putih bergelas2, mkn kurma 3 biji...dgn 1 doa, agar Allah permudahkan ibadah puasaku, walaupun aku menyusukan anak ku.
Alhamdulillah...aku dapat selesaikan ibadah puasa ku hari dgn jayanya. :D
Tanpa rasa lesu n penat. Alhamdulillah. Apa2 pun, aku ada 29 hari lagi . Wish me luck :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment